Terma Perkhidmatan
Dikemas kini 22 November 2026
Dengan mendaftar di Cikgu Hafiz Learning Centre, anda bersetuju dengan terma berikut.
Kelas
- Kelas dijalankan secara online melalui Google Meet, 4 kelas sebulan bagi setiap subjek.
- Setiap kelas terhad kepada bilangan murid yang ditetapkan pusat. Slot yang penuh tidak boleh dipilih.
- Pautan kelas adalah untuk murid yang berdaftar sahaja dan tidak boleh dikongsi.
- Pusat boleh menukar masa atau guru kelas dengan makluman awal kepada waris.
Yuran dan bayaran
- Yuran dikira setiap bulan mengikut subjek yang didaftarkan, termasuk harga pakej bagi anak yang mengambil lebih daripada satu subjek.
- Pendaftaran pada pertengahan bulan: baki kelas bulan itu dibayar semasa mendaftar. Mulai bulan berikutnya, bil dikeluarkan pada 1 haribulan.
- Bil perlu dijelaskan secara online sebelum 7 haribulan. Mulai 8 haribulan, jadual dan pautan kelas bagi akaun yang belum membayar disembunyikan sehingga bil dijelaskan.
- Resit rasmi dihantar ke emel dan boleh dimuat turun dalam portal.
Berhenti atau tukar kelas
- Permintaan berhenti atau tukar hari kelas boleh dibuat dalam portal (menu Anak) atau dengan menghubungi pusat.
- Berhenti berkuat kuasa selepas bulan yang telah dibilkan. Sila maklumkan sebelum 1 haribulan supaya bil bulan berikutnya tidak dikeluarkan.
Akaun
- Satu akaun untuk satu keluarga. Anda bertanggungjawab memastikan emel anda betul kerana kod log masuk dihantar ke emel tersebut.
- Lihat juga Polisi Privasi dan Polisi Bayaran Balik.
Hubungi kami
Emel [email protected] atau telefon 019-436 8011.